Sunday, December 30, 2007

Lagi gambar ....

Ada yang saya tak kenal...

Nazaruddin tidak berubah!!!!

Gambar Kiriman Dr Haji Ahmad Salleh

Thursday, December 27, 2007

Maaf terlalu lama tiada updating...

Sahabat sekalian, maaf terlalu banyak yang berlaku semenjak dua menjak, tetapi Alhamdullilah masih sihat dan sejahtera di Bangi. Semenjak pulang dari UK saya dengan izin Allah telah berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat yang lama yang rata-rata bukan mantan MRSM KB 84-88 (Saya berjumpa Mazli dengan Rahim sahaja)? Kenapa ya?

Mungkin saya ini tidak signifikan dalam pergaulan ketika dulu.Di hati ini cuma ingin berjumpa dengan beberapa orang tertentu. Saya kepingin berjumpa dengan ex homeroom saya seperti Asmadi, Nasron, Azharuddin, Aziz, Khairul, Suzryman dan beberapa nama lagi.....

Saya juga berkeinginan untuk jumpa dengan beberapa senior yang signifikan dalam hidup saya ketika di MRSM dahulu seperti Abang Kamal dan Abang Shaharuddin Muhammad (orang Peringat) ketika kita di tingkatan satu yang masing-masing mereka ini adalah ketua bagi bilik di Blok B (B4 dan B8). Saya rindukan mereka terutama Abang Shaharuddin Muhammad - seorang yang biasanya bersongkok. Di manakah beliau? Sesiapa di luar sana yang boleh bantu?

Adakah saya sentimental?