Assalamualaikum,
Tahun ini adalah genap 20 tahun sudah kita meninggalkan alam persekolahan di MRSM PC. Ada yang tinggal di Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, P. Pinang, Kedah dan lain-lain tempat. Ada beberapa cadangan untuk re-union ini.
Paling indah sekirannya dapat diselia selenggara di MRSM KB itu sendiri. Kalau tidakpun dapat dijlnkan mengikut zon kediaman bermastautin. Mungkin boleh di uruskan Zon timur (kelantan, terengganu, dan sebahagian Pahang), Zon utara (merangkumi Perlis, Kedah, P. Pinang dan Sebahagian Perak), Zon selatan (Johor, sebahagian, Pahang, Sebahagian N. Sembilan, Sebahagian Melaka) dan Zon Tengah (yang merangkumi Lembah Klang, sebahagian N Sembilan, sebahagian Melaka, sebahagian Perak).
Adakah ini boleh dilakukan.
Mungkin kenduri doa selamat boleh dirancangkan. Allah telah menemukan kita sehingga ada yang sangat berjaya kini. Ini adalah tanda syukur kita atas pemberianNya yang tidak terkira.
Bakri.
Blog ini adalah bertujuan mengumpulkan maklumat dan perkembangan semasa alumni MRSM KB 84-88. Semoga ikatan ukhawah berkekalan dan dapat kita berpesan-pesan atas perkara kebaikan.
No comments:
Post a Comment